>> English

Penyataan Privasi ini menerangkan bagaimana Wong & Partners mengumpul, mengguna, and mendedahkan maklumat peribadi tertentu yang diperoleh melalui pengambilan perkhidmatan kami oleh anda, melalui komunikasi e-mel anda dengan kami, melalui penyertaan anda dalam acara-acara, seminar-seminar dan/atau aktivit-aktiviti promosi lain, melalui hubungan perniagaan umum kami dengan anda, dan melalui laman web awam kami di www.wongpartners.com (“Laman Web”) (dirujuk secara kolektif sebagai "Pengambilan"). Penyataan Privasi ini tidak menangani pengumpulan maklumat melalui sumber-sumber lain seperti hubungan peribadi seseorang peguam.

Pengumpulan Maklumat Peribadi dan Penggunaannya

Anda mungkin telah memberikan nama, nama syarikat, alamat e-mel, nombor telefon, alamat dan apa-apa maklumat peribadi yang lain anda (dirujuk secara kolektif sebagai “Maklumat Peribadi”) dalam Pengambilan anda dengan kami. Kami mengekalkan dan memproses Maklumat Peribadi anda untuk membolehkan kami untuk menyediakan perkhidmatan perundangan kami kepada anda, untuk berhubung dengan anda dalam masa perniagaan kami sama ada sebagai seorang klien atau hubungan perniagaan, untuk membekalkan anda dengan langganan kepada amaran kerap, surat berita atau penerbitan kami, untuk memberitahu anda tentang acara-acara dan menyediakan bahan-bahan acara yang berkaitan, untuk maklumat dan/atau penyertaan anda dalam acara-acara kami, untuk mendapat maklum balas, atau selainnya untuk menjawab kepada permintaan anda atau menyediakan anda dengan maklumat yang kami anggap mungkin akan menarik minat anda (dirujuk secara kolektif sebagai "Tujuan"). Sila ambil perhatian bahawa Wong & Partners perlu memproses Maklumat Peribadi anda untuk Tujuan tersebut, di mana tanpanya kami tidak akan dapat melaksanakan Tujuan tersebut.

Jika anda menerima e-mel pemasaran daripada Wong & Partners, anda akan disediakan dengan cara automatik untuk memilih keluar (berhenti melanggan) daripada komunikasi tersebut atau daripada semua e-mel pemasaran yang dihantar oleh Firma kami. Sila ikut arahan dalam e-mel yang anda terima. Jika anda telah menerima e-mel yang tidak dikehendaki daripada Firma kami, sila kemukakan satu salinan e-mel tersebut kepada  di sini.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda membalas kepada suatu alamat Wong & Partners dalam salah satu e-mel pemasaran kami atau selainnya menghantar suatu komunikasi kepada kami, komunikasi anda tidak akan mewujudkan suatu hubungan peguam-klien dengan kami. Jangan menghantar sebarang maklumat kepada kami yang anda atau sesiapa yang lain anggap sebagai sulit atau rahsia kecuali di mana kami telah bersetuju terlebih dahulu untuk menjadi peguam anda dalam perkara tersebut. Sebarang maklumat yang anda hantar sebelum kami bersetuju untuk menjadi peguam anda tidak akan dilindungi daripada pendedahan.

Perkongsian Data dan Pemindahan Data Antarabangsa

Wong & Partners adalah ahli Baker & McKenzie International, sesuatu persatuan Swiss, dengan ahli-ahli firma guaman di seluruh dunia. Kami mungkin akan mengkongsi dan/atau memindahkan Maklumat Peribadi anda kepada ahli-ahli firma guaman kami untuk tujuan-tujuan menjawab kepada permintaan anda atau selainnya seperti yang diperlukan bagi Tujuan yang dinyatakan di atas. Pembekal-pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin atau tidak terletak di luar Malaysia, mungkin juga mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda. Kami mungkin juga dalam keadaan-keadaan yang terhad mengkongsi Maklumat Peribadi anda kepada pihak-pihak berkuasa kerajaan atau yang lain seperti yang diperlukan untuk melindungi kepentingan Firma kami atau orang lain, seperti yang diperlukan berkaitan dengan penjualan atau pemindahan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan kami, atau seperti yang diperlukan di bawah undang-undang atau perintah mahkamah yang terpakai.

Langkah-langkah Keselamatan

Wong & Partners mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi keselamatan Maklumat Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, salah guna, akses yang tidak dibenarkan, pendedahan atau pengubahan.

Pautan ke Laman Web yang Lain

Amalan-amalan privasi yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini adalah untuk tujuan-tujuan Pengambilan kami oleh anda sahaja. Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web lain. Wong & Partners tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan laman-laman web tersebut. Jika anda mempaut kepada atau selainnya melawat mana-mana laman web yang lain, sila kaji semula dasar-dasar privasi yang dipaparkan di laman web tersebut.

Cookies dan Penjejakan Pasif

"Cookie" adalah suatu elemen data yang boleh dihantar ke penyemak imbas anda. Penyemak imbas anda mungkin kemudian menyimpannya di dalam sistem anda berdasarkan pilihan yang anda telah tetapkan dalam penyemak imbas anda. Cookie mengumpul maklumat tentang sistem operasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jenis penyemak imbas, dan alamat Protokol Internet (IP). Laman Web Wong & Partners menggunakan maklumat ini untuk menganalisis trafik di Laman Web kami, dan memberi layanan yang lebih baik kepada anda apabila anda kembali ke Laman Web kami. Adalah bukan niat kami untuk menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti identiti seseorang pengguna secara peribadi. Anda mempunyai pilihan untuk mengkonfigurasi penyemak imbas web anda untuk memaklumkan anda apabila anda menerima sesuatu cookie, dan ini memberi anda peluang untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima cookie tersebut ataupun tidak. Anda juga mempunyai pilihan untuk menghalang semua cookie. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda enggan atau selainnya menghalang cookie, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan kesemua fungsi yang ada dalam Laman Web.

Jika anda ingin mengakses, membetulkan, mengehadkan atau mengemaskinikan Data Peribadi anda yang anda hantar melalui Laman Web kami atau melalui komunikasi e-mel anda dengan kami, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat tersebut, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah. Kami menyediakan individu dengan akses kepada Maklumat Peribadi di mana kami percaya adalah sesuai untuk berbuat demikian, termasuklah dalam keadaan di mana anda berhak untuk mengakses dan menkaji Maklumat Peribadi anda di bawah undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai.

Keizinan

Jika kami tidak menerima sebarang notifikasi daripada anda mengenai pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh kami, kami akan meneruskan untuk memproses yang sama bagi Tujuan seperti yang dinyatakan, atas dasar bahawa anda telah mengizin kepada pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh kami mengikuti Penyataan Privasi kami.

Semakan Kenyataan Privasi ini

Wong & Partners mempunyai hak untuk menukar Penyataan Privasi ini dari masa ke semasa. Sila kerap semak Penyataan Privasi ini, terutamanya sebelum anda menyerahkan maklumat peribadi tambahan. Semua semakan kepada Penyataan Privasi ini akan dipaparkan pada Laman Web ini melalui pautan dari laman utama.

Soalan atau Komen

Untuk pertanyaan atau komen mengenai Kenyataan Privasi kami, atau jika anda memerlukan bantuan untuk mengakses atau mengemaskini maklumat yang telah kami kumpul tentang anda, sila hubungi:

Pelayan Data
No. Telefon: +603 2298 7888
No. Faks: +603 2282 2669
E-mel: Kuala Lumpur Data Privacy
Alamat: Wong & Partners, Level 21, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

B&M Consultancy Services Sdn Bhd Privacy Statement